POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 8:28 AM under
YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaakub a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa:
"Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan".
Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

IBRAN
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini.
  • Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir.
  • Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat.
  • Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaakub selepas Nabi Yaakub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata:
"selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaakub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku".
Safar pembentukan alam 32/28.
________________________
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.
POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 8:20 AM under
Terima kasih kerana memahami
Terima kasih kerana cuba untuk mengerti
Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa ceriakan hati ini

Terima kasih kerana tidak membenci
Terima kasih kerana tiada dendam di hati

Terima kasih kerana tidak memaksa
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
Terima kasih atas segalanya...
POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 4:30 PM under
Setiap dari kita punya rasa hati. Punya emosi dan ego yang tersendiri. Bagi lelaki, pastinya ego itu lebih meninggi. Wanita pula banyak bermain dengan emosi. Itulah hakikatnya makhluk ciptaan Allah yang bernama manusia. Mustahil rasanya untuk kita lari dari lumrah ini.

Lelaki dan ego, itu sinonimnya. Itulah juga hakikatnya. Sebagai lelaki, aku juga akur akan caturan ini. Ya, kami lelaki sememangnya kaya dengan ego. Dengan ego itulah kami mampu membuat keputusan dengan lebih tegas. Dengan ego itu kami dapat mencari dan mencipta peluang yang hebat. Tetapi adakah itu merupakan tiket untuk kami gah dengan ego itu?

Dari pengalaman, di sini aku bercerita...
Aku punya ramai kawan. Ada yang boleh dikategorikan sahabat, tapi tak ramai. Lebih ramai yang aku anggap mereka sebagai teman, kawan atau sekadar kenalan. Dari kalangan pengikut black metal, pengidap HIV, sehinggalah kepada ustaz, profesor mahupun pegawai atasan kerajaan, semuanya aku punya kawan dari kelompok itu. Masing-masing punya ego tersendiri.

Aku meneruskan cerita...
Baru-baru ini aku berkesempatan ber’usrah’ dengan bekas pimpinan pelajar di sebuah IPTA. Aku baru mengenalinya sekitar tiga bulan. Beliau punya idealisme yang cukup hebat. Fikrahnya jelas. Ingin melihat mahasiswa hari ini lebih dinamik dan mampu mengubah suasana kampus agar lebih islamik dari sebelumnya.

Dengan fakta-fakta hujahan yang cukup konkrit, aku dapat mengagak bahawa bekas pimpinan mahasiswa ini bukan calang-calang. Dari isu politik kampus, kami cuba merobek isu-isu di sebalik kecelaruan yang berlaku di arena politik perdana. Juga diselitkan dengan isu antarabangsa yang makin meniupkan bahang revolusi mutakhir kini.

Eh, apa kaitannya 'ramai kawan' dan 'usrah bekas pimpinan mahasiswa' ini dengan isu EGO itu?

Begini ceritanya...
Dalam ramai berkawan, banyak perkara yang dapat aku buat penilaian. Bagi golongan yang berstatus hebat di barisan pimpinan, ego mereka kadang-kadang tidak jelas. Namun terserlah dengan ketegasan yang dizahirkan. Ya, tegas itu hanya lahir apabila adanya ego! Adakah boleh dibuat kesimpulan bahawa jika ingin jadi pemimpin, kita perlu ada sifat ego yang tinggi? Bagi aku YA, tetapi berSYARAT.

Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan EGO seperti berikut:
(égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sebagai hamba yang sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~nya.


Pemimpin dan EGO
Untuk menjadi pemimpin, antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah kredibiliti. Bagi menjamin kredibiliti itu pula perlu ada keyakinan yang kuat pada diri untuk memimpin. Keyakinan diri itu pula bersandar pada diri seseorang yang bangga dengan diri.

Kita memang perlu bangga dengan diri sendiri. Aku teringat dengan satu bengkel yang pernah aku hadiri di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun lepas, iaitu bengkel Kaseh CVR. Satu bengkel yang berorientasikan dramaterapi, dan objektifnya antara lain mengenal kelebihan dan mencungkil potensi diri. Meskipun semasa bengkel itu para peserta termasuk aku lebih diberi pendedahan tentang potensi diri seorang remaja, namun modul-modul yang diajar boleh dipraktikkan untuk semua peringkat umur.

Antara modul yang diajar adalah rutin yang perlu diamalkan setiap pagi apabila menghadap cermin (pastinya sebelum pergi ke tempat kerja). Kami telah diberi setiap seorang cermin untuk ditatap beberapa minit. Semasa melihat cermin, kami diminta menyebut beberapa perkataan azimat! Dengan kuat!
• Cantik/Handsome
• Hebat
• Yakin
• Berani
• Sukses

Wah, macam perasan sahaja! Ya, memang itu yang diajarkan kepada kami. Dan sebenarnya secara langsung menunjukkan tahap keyakinan kita terhadap diri sendiri setiap kali melafazkan lima perkataan azimat itu di hadapan cermin! Cuba pembaca lakukan sendiri. Mesti akan ada perasaan ‘sesuatu’ yang akan timbul semasa aktiviti itu dibuat. Cubalah! Ya, sekarang!

Sebenarnya daripada modul ini kita akan dapat menilai kembali tahap keyakinan diri kita. Di situ juga ada terselit ego yang akan mengasak-asak perasaan untuk bangga dengan diri. Salahkah perasaan itu? TIDAK, sememangnya kita perlu bangga dengan diri. Tetapi sekali lagi.., ianya berSYARAT.

Berbalik kepada cerita yang aku kongsikan di atas, aku dapati ramai kawan dan kenalanku yang punya ego ini. Dan mereka juga pimpinan. Alhamdulillah, ego mereka juga berSYARAT!

Hah, sudah tiga kali aku menulis perkataan “berSYARAT”. Kenapa? Kerana sebetulnya syarat itu perlu jika ingin ego itu tidak memakan diri sendiri.

Egolah sepuasmu, TETAPI jangan sampai orang membenci.
Egolah sepuasmu, TETAPI jangan sesekali melampaui batas Ilahi.
Egolah sepuasmu, TETAPI jangan ketepi suruhan Ilahi.
Egolah sepuasmu, TETAPI bukan untuk berdengki.
Egolah sepuasmu, TETAPI pandulah ia untuk maslahat umat dan diri sendiri!

Cuba jeling-jeling barisan pimpinan di tempat anda. Adakah mereka juga punya ego? Egonya bertempat kah? Positif? Negatif?

Hmm.., macam pelik sahaja bunyinya. Biasanya kalau diungkit fasal ego, semuanya negatif. Ada ego yang positif kah?

Ada sesiapa yang hendak kongsikan pandangan? Komen..., jangan tak komen...
POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 3:43 PM under
Ya kah? Ha-ah, baru setahun jagung... !

15hb Januari 2008, tarikh aku memulakan langkah sebagai staf di kantor yang pernah aku singgah lebih 10 tahun yang lalu. Siapa sangka, apa lagi menduga, dulu aku pernah ke sini sekadar tujuan ziarah. Masih jelas di mata, suasana kantor yang begitu 'zuhud' ketika itu. Aku berkesempatan menyapa seorang kartunis (kalau tak silap ABE) yang begitu khusyuk melakar kartun untuk dimuatkan di dalam majalah OK! yang merupakan antara majalah kesukaanku selain Dunia Baru. Sempat aku bisikkan kepada sahabat yang bersamaku ketika itu, “Best juga kalau kerja kat sini ek!”

Dan hari ini, genap setahun aku di sini bersama saf ikhwan dan akhawat berkongsi idea dan rasa, mencari nilai yang tiada tara, mencungkil bakat dan menggali makna sebalik naskah yang dibaca.

Ya, di sini ada biah yang dicari. Di sini ada keindahan yang dinanti. Tapi kekadang, ia dilihat persis perhiasan indah di dinding kaca. Tampak indah. Tapi andai disorot, diteliti dan diperhati, masih ada habuk dan hama yang belum dicuci di sisi dan tepi. Mungkin bersembunyi? Atau tersembunyi?

Tak sempat cuci kah?

Bukan membuka pekung di dada, tetapi rasanya perlu ada agen pencuci. Perhiasan yang cantik itu takkan kekal cantik selamanya andai agen ini tidak dibentuk.

Setahun aku di sini, ‘agen’ itu masih tidak munculkan diri.
POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 5:18 PM under


Maksud Doa
(sumber : www.al-adib.net)
Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah,

Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,


Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,

Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,

Wahai Allah, jadikanlah bagi mereka pembantu dan penolong,

Ya Allah, Ya tuhan kami, hebatnya perlindungan-Mu dan agungnya pujian terhadap-Mu, sucinya nama-nama-Mu,

Ya Allah, tidak ada yang boleh menolak perintah-Mu, tidak ada yang boleh menghancurkan tentera-Mu,


Maha suci engkau dan segala pujian bagi-Mu,

Wahai Tuhan, hancurkanlah Yahudi yang zalim,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang memporak perandakan persekutuan musuh,

Hancurkan mereka dan huru harakan mereka,

Ya Allah, tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kekuasaan Engkau,


Mereka adalah pembunuh para rasul dan nabi-Mu,

Mereka telah menzalimi orang-orang yang tidak berdosa,

Ya Allah bebaskanlah kaum muslimin di Ghaza,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Ya Allah bebaskan tawanan mereka, sembuhkanlah orang yang sakit dari kalangan mereka, angkatlah kesusahan mereka,


Ya Allah, tukarkanlah ketakutan mereka dengan keamanan,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin,

dan hinakanlah syirik dan orang-orang musyrikin,

dan hancurkanlah musuh-musuh agama,

Dengan lindungilah benteng-benteng Islam dan satukan suara orang Islam di atas kebenaran,

wahai Tuhan sekalian alam.

Wahai Tuhan bantulah orang-orang Islam yang lemah di setiap tempat,

Ya Allah, perbaikilah keadaan orang-orang Islam di Palestin, di Iraq dan di setiap tempat,

Ya Allah, satukan hati-hati orang Islam di antara mereka,

dan berikanlah hidayah kepada mereka ke jalan yang selamat,

dan keluarkanlah mereka daripada kegelapan kepada cahaya,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan, Kehebatan dan keagungan.

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 11:14 PM under
(Ingatan buat diriku yang seringkali alpa)

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, 
Aku kau pegang
Aku.., kau junjung dan kau pelajari
Aku.., engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
 
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
 
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
 
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
 
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
 
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar musik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mel temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
 
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
 
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
 
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
 
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
 
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
 
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah Aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
 
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan Aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Copyright :: bila tinta berbicara :: | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com