POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 11:50 AM under

PERUTUSAN KHAS SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_ (harakahdaily)

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 4:09 PM under
Aduh..seram sejuk aku dibuatnya! Bini aku yang satu ni menjadi mangsa keadaan. Bukan aku yang salah. Entah dari mana datang anasir luar tu yang tiba-tiba aje mencium pipinya! Memang aku marah laa...marah giler tuh!

Bukan main lagi aku bawak bini ku yang comel ini dengan penuh hati-hati. Dulu dah kena cium dah..tapi tu citer lama. Takyah kecoh-kecoh. Masa tu memang aku yang salah. Terlalu leka dengan barang-barang kat Ayer Hitam. Padan muka aku. Masa tu aku baru je tau hati budi bini aku ni. Mungkin gabra sangat masa tuh..ngehngeh..

Tapi kali ni memang aku marah betul! Dah la aku plan nak gi makan kat tempat special ngan bini aku nih. Hilang selera aku dibuatnya. Dah aku cancel lunch hari tu.

Argghh...marah lagi nih..

Membebel, memarahi, menjeling, memerli, dan macam-macam "me" lagi aku sembur je kat Chinese guy tu. Boleh dia buat muka selamba badak je, sambil menghulurkan beberapa keping RM50. Hmm...nasib baik.

Sebelum meneruskan cerita, suka aku nyatakan bahawa "bini" = kancil = kereta aku laa!

Dah kena cium pipi bini aku nih, apalagi...senget menget la jadinya...Maklumla, bini tempatan. Tak mampu lagi nak cari yang international! Kesian bini aku.

Dengan penuh kasih sayang aku mencari pusat rawatan untuk biniku itu. Akhirnya ke Jalan Klang Lama. Nasib baik ada spare-part yang sesuai. Petang tu juga siap! Alhamdulillah. Tanpa perlu menyatakan kos rawatan, aku rasa hasilnya, boleh tahan. Yea la takkan nak nampak macam baru kot. Kalo nak jugak, cari bini lain la bro!

Nanti aku akan letakkan photo terbaru bini aku ek. Hmm...cantik wa cakap lu! Pipinya dah mulus. hehe..secara natural pun, bibirnya bagai memakai lipstik. kehkehkeh...

Tunggu la yea..

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 11:30 AM under
Sesungguhnya aku amat rindu. Namun sayang, perasaan itu bukan selalu singgah. Sekejap-sekejap sahaja. Alangkah indahnya hidup ini andai ianya selalu singgah. Bukan hanya lagak bagai musafir. Benar-benar harap agar ianya terus bermukim di hati!

Tatkala ia singgah, aku merasa cukup bahagia. Damai di hati sepanjang masa. Bibir ini tidak merasa letih untuk mengukir senyuman. Kerja-kerja seharian mudah sahaja aku bereskan.

Bersama rindu itu, lebih indah pabila dapat "berbicara" dengan yang dirindu. Manis sungguh. Bila berbicara, rasa ingin terus bersama. Tidak mahu berpisah. Walau sekejap, seringkali dipanjang-panjangkan agar masa bersama dapat dinikmati. Bersulam kasih sayang yang tak mungkin akan pudar, aku gembira. Sungguh!

Namun persoalan demi persoalan selalu sahaja menerjah di ruang hati. Adakah aku benar-benar menyintai yang dirindu itu? Atau rindu itu hanya lahir dari kata-kata? Adakah rindu itu benar-benar wujud? Atau sekadar untuk mengaburi insan lain agar tak dipandang serong? Mungkin juga aku telah melampiaskan rindu itu pada yang lain? Ya Allah, kentalkan lah jiwaku ini.

Yang dirindu...Rahmat Allah.

Ya Allah, rahmatMu menggunung tinggi, selangit nan meluas. Adakah rahmatMu akan sentiasa bersamaku? Aku amat takut andai berpisah dengannya. Walau rindu itu sekejap-sekejap, namun kuharap ianya tidak jemu bersamaku. Sebab aku terlalu bahagia bersama-mu!

Copyright :: bila tinta berbicara :: | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com