POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 9:57 AM under
Adakah anda ingin menjadi novelis islam yang berjaya?
Mahukah anda menghasilkan novel yang bakal menjadi harta yang boleh diwariskan, sekaligus menjadi amal jariah anda kelak?

Dialu-alukan calon penulis novel ramaja islam.
Sasaran pembaca 11-17 tahun

SESI TAKLIMAT NOVEL REMAJA ISLAM akan diadakan pada:
Hari : Sabtu
Tarikh : 9 ogos 2008
Masa : 10 - 11.30 pagi
Tempat : Pejabat Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Terhad kepada 10 peserta sahaja bagi setiap sesi
Sila daftar ke 013-7656245 (Nasri)
emel: nasri@galeriilmu.com.my

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 10:59 AM under
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan. Tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu, lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Yea, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja, dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

Any comment?

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 1:18 PM under
Minggu ini agak payah untukku lalui. Susuk tubuh ini bagaikan kekeringan vitamin untuk dijamu. Antibodi bagaikan bermain tarik tali. Sekali ok, berkali-kali tak ok pula. Bendalir mucus dalam rongga hidung ini bagaikan galak untuk keluar…Alahai, hampir empat hari dah ni.

Suhu badan tidaklah begitu luar biasa. Tapi bila dah berada di kantor berhawa dingin, simptomnya menjadi-jadi! Mujurlah beban kerja tidak begitu mengganggu paras keaktifan sel dalam badan ku ini. Kerja seperti biasa walaupun kekadang hilang fokus jugak (oppss..)

Rongga kerongkongku juga terganggu. Gatal, perit dan pedih..Peti suara dah berubah dan makin sensitif. Membran mukosa makin meradang... Oh tidak! Risau juga batuk ni. Kurang zat besi nihh...Harap-harap tak berpanjangan.

Aku belum kebah lagi…huhuhu..

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 7:28 PM under
7/7/08 – tarikh keramat buat Pemikir dan juga rakan seangkatannya. Hari ini bermulalah satu episod baru buat mereka. Selama enam bulan seterusnya mereka akan berkampung di tengah-tengah samudera sebagai pelengkap pengajian mereka sebelum bergelar Naval Officer.

Pernah Pemikir membisikkan kepadaku akan perasaannya yang agak bercampur-baur ketika ini. Seronok, risau, bimbang dan bermacam-macam lagi. Sebagai seorang insan, aku faham benar. Maklumlah, tempoh enam bulan itu bukannya sekejap. Tambah pula berada di pelayaran yang pastinya menempuh seribu satu ujian, yang menuntut kecekalan mental dan fizikal yang maha hebat.

Aku memberi kata-kata semangat kepada Pemikir. Aku tahu dan aku yakin dia dapat melalui tempoh latihan ini dengan jayanya. “Allah itu Maha Mengetahui akan keupayaan hambaNya sebelum menurunkan sesuatu ujian”.


KD LEKIU - "kampung" Pemikir selama enam bulan

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Kubiar Ia Barlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatkan Semua Ikrar Kita…

Bait-bait lirik nasyid daripada Kumpulan Brother ni memang aku suka. Member Pemikir pun suka lagu nih.hehe...Lagu ini sesuai benar aku sampaikan kepada Pemikir dan teman-temannya.

Huhuhu…Sayu la pulak….

Buat Pemikir yang pastinya kini berada di pelayaran, aku doakan moga dirimu dan teman-teman sentiasa berada dalam lindunganNya. Aku tahu dirimu mampu buat yang terbaik kerana dirimu adalah di kalangan yang terbaik! Chaiyok! Chaiyok!

Lama lagi la nak tunggu orang belanja main boling nihh…

POSTED BY ibn Nasir as-Syaukawi on 7:20 AM under
Aku berkesempatan untuk keluar bersama teman sembang da’ie, Pemikir. Sememangnya setiap kali kami berjumpa, selalu saja ada topik yang ingin dibincang dan diperdebatkan. Minggu lalu, kami bagaikan berforum apabila menyentuh soal pertubuhan gerakan-gerakan Islam di kalangan mahasiswa di IPTA. Bagi Pemikir, dia lebih memfokuskan kepada gerakan Tabligh yang dikatakan agak aktif di tempat Pemikir berada sekarang. Aku pula, dengan serba sedikit pengalaman yang ada, menyentuh perkara itu dalam skop yang lebih luas, samada pertubuhan gerakan Islam mahasiswa yang rasmi mahupun tidak. Hmm…agak kontroversi kan?

Kali ini agak topik kami agak berat. Senario politik Malaysia. Wah…macam ahli politik la pula. Sememangnya pengetahuan Pemikir mengenai politik Malaysia amat membanggakan. Masakan tidak, sejak awal menjejakkan kaki ke sekolah menengah, Pemikir dikatakan sudah mula mengikuti perkembangan politik tanah air. Ya, tidak salah untuk mengikuti perkembangan politik, tetapi jangan sampai mengganggu konsentrasi terhadap pembelajaran, sudah laa…Dan Pemikir telah membuktikannya! Sekarang pun dia masih mampu mengekalkan kecemerlangannya dalam pelajaran. Alhamdulillah, Tahniah bro!

Dengan menyatakan bahawa Pemikir seorang yang neutral, kami lebih mudah memulakan perbincangan. Kami cuba menyoroti situasi Malaysia hari ini, berdasarkan kepada apa yang telah berlaku di arena politik semasa. Memang mencetuskan pelbagai reaksi. Dengan menggabungkan pelbagai fakta yang diceduk serba sedikit daripada akhbar tempatan, samada pro atau kontra, realitinya terlalu banyak “benda” yang berlaku dan “bercelaru” dalam arus politik perdana.

“Banyak perkara yang kita tidak tahu (mungkin tak perlu tahu) di sebalik apa yang berlaku dalam politik Malaysia. Kita hanya nampak apa yang ada di depan mata, baca apa yang ada di dada-dada akhbar, dan membuat penilaian. Mungkin penilaian itu benar, mungkin juga tidak, kita sendiri tidak pasti!”

Bilakah kita akan pasti?

Aku tidak bercadang untuk menghuraikan dengan panjang lebar mengenai sesi perbualan bersama Pemikir. Pastinya nanti ada yang akan membuat spekulasi sendiri. Lagipun bila berbicara mengenai pergolakan politik ini, terlalu banyak isu-isu sentitif yang akan timbul.

Siapa Pemikir?
(dipetik sebahagian daripada http://midsmalay007.blogspot.com)
“Saya seorang yang suka berfikir tentang pelbagai perkara. Suka membuat analisis dengan teliti dan akhirnya membuat kesimpulan. Kadangkala saya memikirkan masalah yang pelbagai permasalahan yang besar seperti isu-isu agama, bangsa, nasional dan permasalahan sekeliling termasuk permasalahan kawan-kawan. Kadangkala saya tidak boleh behenti berfikir. Pernah seorang sahabat saya menegur bahawa tidak perlu untuk saya memikir sesuatu yang terlalu jauh dan melampaui jangkauan kawalan saya. Tetapi bagi saya, saya perlu memikirkanya untuk diri saya dan untuk saya berkongsi hasil analisa saya dengan orang lain…”

Copyright :: bila tinta berbicara :: | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com