sambungan Tinta Berbisik, Hati Terusik v1...
Terdengar di copong radio, siaran IKIM.fm sering memutarkan maksud hadith ini:
“Barangsiapa yang mencari keredhoan Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan urusannya dengan manusia. Dan barangsiapa yang mencari redho manusia dengan murkanya Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia.”
Persoalan : Berapa ramai yang benar-benar mencari keredhoan Allah? Adakah kita termasuk dalam golongan itu? Jika ya, alhamdulillah...moga hidup kita diberkati. Timbul pula persoalan lain, “Adakah kita lakukan dengan hati yang benar-benar ikhlas? Atau sekadar memenuhi tuntutan sebagai seorang Islam?” Ya Allah, tetapkan lah hati ini dalam landasan agamaMu.
Ustaz Zul Ramli pernah menyatakan dalam kuliahnya di GISB Taman Tun Dr Ismail bahawa, “Adalah SILAP sekiranya kita beranggapan bahawa kita melakukan ibadah itu (contohnya solat) kerana satu tuntutan ataupun tanggungjawab seorang Islam. Sebaliknya, kita lakukan semua itu atas dasar kasih sayang kepada Yang Maha Mencipta, Allah SWT.” (pendekatan ilmu tawasuf)
Apabila kita mula merasai kemanisan dalam beribadah, rasa nikmat dalam melakukan perkara makruf, tandanya kasih sayang Allah itu bersama kita. Kita akan merasa ‘jangkal’ andai suatu ketika bibir kita tidak basah dengan menyebut zikrullah, atau kaki kita tidak melangkah ke rumahNYA (sekadar menyebut beberapa contoh). Di waktu itu, tanda redhoNYA mula memancar. Alangkah indahnya hidup ini dalam redho Ilahi.
Dalam mencari keredhoan Allah memang banyak mehnahnya. Seringkali ada sahaja halangan yang datang. Waktu ingin memanfaatkan masa bersamaNYA, kadang-kadang ada urusan duniawi yang lain yang datang untuk diselesaikan. Contoh senang ialah waktu menunaikan solat yang sering tergendala dengan jadual harian yang kita cipta sendiri! Lebih menyedihkan lagi, ada yang sanggup meninggalkan ibadah utama itu semata-mata untuk memenuhi tuntutan duniawi. Ya Allah, ampunilah mereka. Moga hidayahMu akan bersama mereka.
Amar Ma’ruf Nahi Munkar
Sedar atau tidak, situasi sebegini sering berlaku. Begitu susah untuk mendisiplinkan diri dengan etika seorang muslim sebenar. Bersama motto “Amar Ma’ruf, Nahi Munkar”, tidak ramai yang cukup ampuh untuk mendaulatkannya. Itulah tragedi akhir zaman.
Bersesuaian dengan suasana perkampungan Ramadhan, ada juga yang masih leka. Bukan orang lain, tapi orang yang berada di sekeliling kita. Keluarga kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran atau siapa sahaja. Mungkin diri kita sendiri!
Bulan Ramadhan penuh dengan kesucian. Di dalamnya terhimpun rahmat dan berkat. Allah menghamparkan keampunanNYA seluas-luasnya. Inilah masa terbaik untuk kita mencari redhoNYA yang mungkin sukar untuk dikecapi pada bulan-bulan biasa.
Sesungguhnya redho Allah itu mahal harganya. Sebab itulah tidak semua yang berjaya meraihnya. Berbalik kepada hadith di atas, begitu janji yang telah Allah sediakan buat hambaNYa.
Redho Allah yang kita cari, janganlah sampai menimbulkan fitnah di kalangan manusia. Konon ingin berbakti kerana Islam sehingga meninggalkan terus tuntutan duniawi, itu satu fahaman yang amat salah! Ikutlah saluran yang telah Allah aturkan buat kita melalui ajaran Nabi SAW.
Mencipta Murka
Juga jangan sesekali mencipta murka Allah. Nauzubillah. Meski indah di pandangan manusia, namun jika ianya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan Allah, kita patut mempertahankannya! Yang hak tetap hak, yang bathil tetap bathil. No compromise!
Persoalan : Adakah kita punyai kekuatan sehebat itu? Banyak kali kita tertewas dek pelbagai alasan. Jaga maruah, pertahankan adat, kesiankan kawan, rasa ‘macam tak perlu’, malas, dan seribu satu pernyataan yang tercipta lantaran rapuhnya iman di hati.
Di manakah iman kita ketika itu?
Ya, sukar untuk pertahankan kebenaran. Bila berada di persimpangan, lebih-lebih lagi dengan orang yang rapat, mungkin juga orang yang kita sayang, kita mula merasa canggung. Bak kata orang dulu-dulu, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Berfikir bukan sekali dua, malah berkali-kali!
“Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kepada kami perkara yang hak itu adalah sebenar-sebenar hak, dan kami terdorong ke arahnya. Dan tunjukkanlah (juga) kepada kami perkara yang bathil itu adalah sebenar-benar bathil dan kami terhindar daripadanya.” Amiinn ya rabbal ‘alamiin..
Semoga institusi Ramadhan kali ini akan melahirkan jiwa-jiwa yang kental imannya, hebat peribadinya, ampuh aqidahnya. Walau lapar di siang hari, namum sebelah malamnya tetap gagah mengabdi diri.
Manfaatkanlah Ramadhan!
bersambung...