Alhamdulillah, setinggi-setinggi kesyukuran aku panjatkan padaNYA kerana masih lagi diberi keizinan untukku menghirup udara segar di perkampungan Ramadhan tahun ini. Memang benar, amat beruntung bagi mereka yang dapat bersama Ramadhan dengan penuh keinsafan dan rasa kehambaan.
Ya, kita masih lagi golongan yang beruntung itu! Tapi adakah kita bisa memanfaatkan "keberuntungan" yang telah Allah kurniakan kepada kita itu dengan sebaik-baiknya? Sememangnya inilah persoalan yang selalu berlegar di minda saban tahun tatkala Ramadhan menjelma.

Ustaz-ustaz selalu memberi pesan, "Bulan Ramadhan ni, awalnya rahmat, di tengahnya maghfirah, dan di hujungnya perlepasan dari azab neraka! Jadi, perbanyakkanlah amal ibadah sebab bulan ni setahun sekali aje. Di bulan ni, syaitan dibelenggu. Semoga hati kita ni lebih senang untuk berbuat perkara-perkara kebajikan ye! Inilah peluang kita untuk menambah saham akhirat. Tapi kalau ada rasa susah jugak nak buat benda baik tu,terutama bab-bab ibadah, haaa...banyak-banyakkan lah muhasabah diri. Takut-takut sisa-sisa syaitan tu masih "melekat" kat kita nih, nauzubillah."
Sekiranya boleh kita imbau kembali Ramadhan yang lepas, cuba kita renung-renungkan. Pastinya ramai yang hanya senyum sendiri. Ya, aku pun! Situasinya hampir sama. Hari pertama, semangat untuk memeriahkan institusi Ramadhan itu cukup berkobar-kobar. Hari kedua, ketiga, semangat masih membara. Bila tiba minggu-minggu kedua, ketiga, apatah lagi minggu terakhir, tumpuan bagaikan beralih arah. Semangat itu bagai bertukar ganti. Semangat untuk berhari raya mula mengambil tempat. Ya Allah, hinanya diri ini. Jika awal-awal dulu begitu bersungguh untuk memanfaatkan Ramadhan yang Kau kurniakan ini, akhir-akhirnya jiwa ini telah tewas! Siapa yang menghasut diri ini? Syaitan? Bukankan si durjana itu telah dibelenggu?! Ya, kita tewas dengan diri kita sendiri! Adakah ini yang sering dikatakan dalam ceramah-ceramah Ramadhan sebagai "syaitan yang bertopeng manusia"? Pastinya syaitan bertepuk tangan, bersorak gembira kerana tanpa hasutan mereka pun, manusia terus leka, lalai dari mengingati Yang Maha Kuasa! Didikan mereka selama 11 bulan berjaya! Dan kita di kalangan mereka!
Bila nafsu menguasai diri, itulah jadinya. Aku masih teringat kata-kata seorang sahabat,"Nafsu tu kawan kita sebenarnya. Kita kena jadi kawan baik 'dia'. Tapi jangan pula sampai 'dia' pengaruhi kita. Kita ni kena bimbing 'dia'. Anggap 'dia' tu persis satu entiti yang dahagakan bimbingan. Kalau bimbingan kita betul, kita akan selamat. Tapi kalau silap langkah, kita akan di'makan'nya!"
Begitulah realitinya. Jika kita mampu mendidik nafsu dengan tarbiah yang telah Allah sediakan, insyaAllah, segala-segalanya akan terpandu. Walau datang pelbagai mehnah yang mengganas, walau tribulasi tiba hebat mencengkam, kitakan tenang menghadapinya. Itulah peribadi yang wajar kita miliki. Ya Allah, moga diri ini seiring dengan tarbiahMU!
Hadirnya Ramadhan dengan penuh pengharapan. Mengharap umat manusia memanfaatkannya. Aku juga mengharap. Mengharap aku lebih 'mesra' bersamamu, Ramadhan (bukan madan2u yea...heheh)
bersambung...