Pesanan buat diri. . .
Taklif ini cukup berat di pundakmu
Mohonlah kekuatan dari-Nya
Takziah buat diri. . .
Moga terus berada di jalan yang diredhoi-Nya!
http://zulramli.blogspot.comAlhamdulillah, hari ini, dapat juga siapkan blog Ustaz kita ni. Ada beberapa ruangan lagi yang masih dalam pembinaan. Insya-Allah, apabila semua bahan yang berkenaan diterima dan selesai diedit, ia akan dikemaskini segera!
Jemput bersama-sama meriahkan blog ni, yea! Pastinya banyak pengajaran akan diperolehi tatkala membaca setiap rangkap yang disulam dengan kata-kata indah yang tersirat dan tersurat.
Sama-sama kita membina ukhwah, beriringan di jalan dakwah. Walau ditempa pelbagai mehnah, teruskan istiqamah, jangan sesekali menyerah kalah. . .
Fastaqim kama umirta!

Nabi SAW bersabda:
“Aku diutus dengan Agama yang dipegang teguh dan toleran”
"Kerana itu, tidak ada kesusahan yang tidak dapat dilalui, tidak ada pemaksaan diri, tidak ada yang harus diada-adakan, tidak ada bebanan yang memberatkan, tidak ada kesulitan yang tidak dapat dihadapi, dan tidak ada sikap yang berlebih-lebihan. Yang ada dalam Agama ini adalah fitrah, sunnah, kemudahan dan kebersahajaan."
* * * * *
"Pilihan yang baik bagi seorang hamba adalah apa yang Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya, dan Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu, seseorang hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepada-Nya, dan mencukupkan diri dengan kecukupan yang diberikan Tuhan kepadanya."* * * * *
"Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim dengan orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan."

“Aku dah malas nak pikir pasal benda nih!”
“Astagfirullah al-azim. Istighfar banyak-banyak. Mengucap. Cara ko cakap tu dah macam orang bukan Islam, dah!”
Aku mengucap panjang. Wajahnya merah padam. Marah sungguh dia kali ini. Baru sebentar tadi dia menyatakan betapa dia marah kepada Tuhan. Dia menyalahkan Rabbul Jalil kerana menjadikan dia seorang yang berpenyakit, yang hanya menunggu saat kematian.
“Alang-alang aku dah nak mati, dosa pun dah banyak. . , baik aku terus macam ni je. Biar aku hanyut. Aku dah malas nak pikir pasal tobat-tobat, nih.”
Aku terdiam.
Dadaku sebak, hatiku menangis. Sedih melihat teman yang pernah menjadi rakan satu soff dalam jemaah sanggup mengucapkan kata-kata seperti itu. Ya Allah, apa dayaku? Berilah aku kekuatan untuk membawa temanku ini ‘pulang’ kepada-Mu.
UJIAN ALLAH
Dalam meniti hidup, tiada dari kita yang terlepas dari ujian. Itu adalah sesuatu yang pasti. Ujian itu diturunkan Allah sebagai kayu ukur untuk menilai tahap keimanan seorang hamba. Di situ juga akan terbit sifat pergantungan seorang hamba kepada Tuhan Yang Esa andai ujian itu dilihat sebagai satu lambang kasih sayang-Nya.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” – al-Ankabut(2)
Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Susah, senang, sakit mahupun sihat, itu semua adalah ujian. Hidup ini sendiri adalah ujian. Bermakna, setiap detik di dalam hidup kita adalah ujian. Adakah kita sedar akan hal ini?
Ramai yang beranggapan hanya yang susah itu ujian. Hanya yang sakit itu ujian. Salah! Kita senang, kita sihat, itu juga ujian! Ia adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita tahu bersyukur. Itu adalah ujian!
Tapi mengapa hanya apabila kita sedih, sakit, atau susah baru kita teringat tentang ujian? Mengapa hanya dikala itu kita ingin mencari sinar keimanan?
PUTUS HARAP KEPADA TUHAN
Cukup besar dan berat ujian yang menimpa temanku itu.
Hari ini juga aku diuji dengan seorang teman yang sedang merasakan ujian itu satu kezaliman buat dirinya.
“Berapa kali aku nak cakap! Aku dah malas nak pikir pasal tu! Buat apa aku nak tobat? Hidup macam sekarang ni lagi sempoi. DIA tahu aku ni lemah, yang DIA kasi penyakit kat aku tu apsal? Argh... biar ah aku macam ni!”
Aku ingin meneruskan bicara, dengan harapan masih ada ruang di hatinya untuk kembali kepada Tuhan. Baru sahaja ingin menggerakkan bibir, dia terus berlalu. Masuk ke bilik. Daun pintu ditolak kuat.
Daammmm!!!
Lain macam betul marah dia kali ni.
“Ko balik je laa.. Aku nak tido. Malam karang aku nak gi clubbing!” Suara dari bilik memecah ruang tamu yang hanya ada aku terduduk kaku.
Aku beristghfar lagi. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.
Aku bangun dari sofa sambil membetulkan urat sendi yang sedikit lenguh. Aku berdoa di dalam hati, semoga sinar hidayah-Nya akan kembali menerjah ke ruang hati temanku itu.
Aku mengorak langkah ke pintu. Tiba-tiba...
“Oit, tunggu, jap!” suara dari bilik kedengaran lagi.
(...bersambung)
Salam...
Begitu lama rasanya tidak mengisi perut laman ini. Jari ini bagaikan tidak setangkas dulu untuk menari bersama lagu yang berbicara.., yang tampaknya makin sunyi untuk bersuara.
Kering idea?
Kurang idea?
Tiada idea?
Bukan masanya untuk mencari alasan!
Hari ini, aku ingin semarakkan semula kelincahan langkah tari penaku. Alhamdulillah, cuti seminggu yang lalu memberi aku ruang untuk melerai kusut yang melingkar di minda, mengikis kerak dosa yang tertinggal, membina jati diri yang hampir sirna dan terkapai-kapai.
SELAMAT HARI IBU
Buat ibu tersayang, Puan Eshah binti Musa, anakandamu ini ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu. Mungkin panggilan telefonku masih belum cukup untuk kunyatakan betapa AKU CINTA PADAMU, IBU! Ku doakan semoga dirimu sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Yang Esa, sentiasa ceria, sihat dan bertenaga.
Wajahmu sentiasa di hatiku, ibu!
Ibu, jasamu tak mungkin dapat kubalas. Hanya kegembiraan yang dapat ku hadiahkan buatmu. Ku harap 'pilihan'ku ini mendapat restu dan redhamu, ibu. Tiada yang lain inginku pinta selain restu dan redhamu kerana itulah kunci untukku menempah titian bahagia di dunia yang sementara dan perkampungan akhirat yang pasti menjelma.
Restuilah daku. Doakan kebahagiaan buatku.
Terima kasih ibu.
Juga buat semua insan yang bergelar ibu (mungkin juga anda yang membaca tulisan ini), Selamat Hari Ibu diucapkan. Kalian sememangnya insan teristimewa!

Syukran Jazilan Kathiran...
Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan.
Juga buat yang sudi mendoakan kesejahteraan.
Moga Allah sentiasa memberi ilham kepadaku untuk mensyukuri nikmat yang tidak terhitung ini.
Amiinnn....
Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan.Juga buat yang sudi mendoakan kesejahteraan.
Moga Allah sentiasa memberi ilham kepadaku untuk mensyukuri nikmat yang tidak terhitung ini.
Amiinnn....
"Jika tidak kerana Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam, takkan kita kenal para nabi,kalau tanpa nabi,takkan kita mengenali hakikat kehambaan kita kepada Allah".
Begitu petikan bicara seorang murabbi Al-Marhum Dr.Muhammad Syed Ahmad Al-Musayyar, mantan pensyarah kuliah Usuludin, Universiti Al-Azhar.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga terbitnya cahaya biasan Nur Muhammad yang akan menerangi hati dan jiwa kita serta sekalian umat dari ufuk Timur hingga ke Barat bagi mengembalikan kegemilangan Islam di alam ini.
Ya Rasulullah, biarlah engkau tahu perasaan dan rindu kami mengharum mekar mewangi tetap utuh dan abadi buat selamanya.
Kredit: PMRAM
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir di bumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara Dua Sungai, Furat dan Dajlah’. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meninggalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.
Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq, telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka. Mereka telah memerintah pada tahun 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Disepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya). Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah. Apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil. Maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaakub. Yaakub digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaakub juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.

- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaakub). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
(bersambung...)
________________________Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.
Terima kasih kepada Luthfikir kerana sudi berkongsi rasa. Berikut adalah coretan yang dipetik daripada blog http://luthfikir.blogspot.com
DALAM seharian hidup kita, kita sering terlepas pandang akan pengaruh "kekuatan" ini. Kekuatan yang saya maksudkan ini adalah EGO. Ego berkait rapat dengan sikap ke-aku-an, sangat dekat dengan nafsu dan boleh dikatakan sebagai DIRI. Setiap hari, ego banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita, cuma persoalannya - siapa menguasai siapa ?
Ego terbentuk sejak dari kecil selaras dengan peningkatan tahap akal. Pengaruh dari persekitaran, kata-kata dan corak tindakan perilaku, membentuk karektor ego, sama ada menjadi seimbang, terlalu kuat atau terlalu lemah, dan malah juga membentuk ego yang positif atau negatif.
Corak kehidupan masa lalu dan masa kini memainkan peranan penting dalam membentuk 2 perbezaan utama karektor ego yakni ego positif atau ego negatif.
EGO POSITIF
Ego positif dapat dibentuk dengan kesedaran dan pengawasan sepenuhnya keatas diri, menjadikan ego sebagai "hamba suruhan yang baik" - dengan memberikan sesuatu kepada yang hak. Dengan ini, dapat mendidik ego dan mengawalnya.
Memiliki ego yang positif, kita dapat mengatur kecerdasan dan memberi kepekaan kepada diri. Ianya berupa tekanan positif untuk menghargai diri dan akan mendatangkan sifat bersyukur kepada Tuhan. Kita akan memiliki ketenteraman batin kerana ego positif adalah teman.
Ego dalam konteks yang harmoni yakni seimbang, adalah diibaratkan seperti - Kita mengunggang kuda dan bukan ditunggang oleh kuda. Hal ini sama juga seperti fungsi nafsu, yang mana sepatutnya lebih membantu dan bukan menjadikan kita sebagai "hamba nafsu".
EGO NEGATIF
Ego negatif selalu mempamerkan kesedaran akan harga diri yang berlebihan dan gemar merosakkan pandangan serta mencemari hubungan dengan dunia. Ini adalah kerana ego negatif tidak pernah merasa bahagia dan kebingungan.
Jika dilihat secara dalam, ego negatif menginginkan setiap orang agar tunduk dan menerima segala penilaian pendapat "ia" sebagai sesuatu yang benar. Dan, jika dilihat secara lebih dalam, ego negatif sebenarnya menginginkan setiap orang memuja ia seakan-akan Tuhan.
Didalam sisi negatif juga terdapat 2 tahap ekstrem iaitu terlalu kuat dan terlalu lemah.

- Ego yang terlalu kuat akan menerbitkan sifat egois, angkuh, merasa terpisah dan beranggapan bahwa dunia ini adalah berkenaan diri ia sahaja.
- Ego yang terlalu lemah pula akan menyebabkan seseorang itu menjadi kurang kepercayaan kepada diri, pemalas, kurang motivasi dan ego yang terlalu lemah ini sebenarnya berupaya mencegah diri seseorang itu untuk bertindak dalam mencapai tujuan-tujuan yang bermanfaat. Malah akan turut menimbulkan rasa ragu-ragu dalam diri seseorang dan cukup gemar menutupi kelemahan dengan mereka cerita lain.
" Jika kau yakin bahwa sesuatu tindakan itu halal, maka teruskanlah; jika kau yakin tindakan tersebut haram, maka janganlah kau lakukan. Dan jika kau tidak merasa yakin, jangan bertindak sehingga kau yakin. "